LONDON: Manchester United memecat pengurus, Michael Carrick, hari ini susulan permulaan terburuk pasukan itu dalam sejarah kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan pengendali pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS), Mauricio Pochettino dijangka menggantikannya.

Bekas pemain tengah United itu membantu pasukan menamatkan saingan di tempat ketiga musim lalu menerusi prestasi mengagumkan, namun mereka hanya mengutip lapan mata daripada 10 perlawanan dalam kempen semasa dan kini terperosok di zon penyingkiran.

"Manchester United mengesahkan bahawa Michael Carrick sudah meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan utama," menurut kenyataan kelab itu.

Kenyataan itu turut menyebut: "Selepas permulaan musim yang mengecewakan, kelab membuat keputusan yang amat sukar bahawa perubahan perlu dilakukan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan."