LEGENDA Manchester United, Peter Schmeichel menyifatkan layanan kelab terhadap Michael Carrick sebagai tidak menghormati bekas pemain tengah itu ketika pengendali berkenaan dikatakan semakin hampir kehilangan jawatannya.Schmeichel menegaskan Carrick tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya atas kemerosotan prestasi The Red Devils sebaliknya pihak pengurusan perlu membuat keputusan segera sama ada mahu terus memberi kepercayaan atau menamatkan khidmatnya.Masa depan Carrick semakin menjadi tanda tanya selepas Ketua Pegawai Eksekutif United, Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak, Jason Wilcox dilaporkan terbang ke Monaco untuk bertemu pemilik bersama kelab, Sir Jim Ratcliffe.Pertemuan itu dipercayai berkait perancangan melantik Mauricio Pochettino sebagai pengganti Carrick namun pengendali berusia 45 tahun itu masih mengendalikan sesi latihan di Carrington untuk hari kedua berturut-turut pada Rabu.Schmeichel yang meluahkan rasa tidak puas hati menerusi The Overlap Daily berkata, tindakan kelab membiarkan Carrick terus menjalankan tugas ketika masa depannya semakin samar sebagai sesuatu yang tidak wajar."Pada saya, cara perkara ini berlaku sangat tidak menghormatinya. Sejujurnya, saya tidak fikir dia melakukan sesuatu yang salah. Saya tahu kedudukan pasukan kendaliannya dalam liga, tetapi saya tidak meletakkan semua kesalahan itu kepadanya," katanya.United kini berada di zon penyingkiran ketika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berehat seketika dan masih gagal mencatat kemenangan liga sejak penghujung Ogos lalu.Schmeichel turut mempersoalkan dasar pengambilan pemain kelab itu khususnya kegagalan memperkukuh benteng pertahanan meskipun United sudah dibolosi 30 gol dalam 10 perlawanan."Mereka melalui satu jendela perpindahan tanpa mendapatkan seorang pun pemain pertahanan. Sebaliknya, mereka membeli tiga pemain tengah," katanya.Bekas penjaga gol Denmark itu mengakui kerjaya seseorang pengurus dalam EPL sememangnya tidak terjamin namun beliau mahu pihak pengurusan United bertindak secara profesional dan tidak membiarkan Carrick terus berada dalam keadaan tidak menentu."Jika mereka sedang mencari pengganti, lepaskan sahaja dia daripada tugasnya. Jangan biarkan dia datang ke sesi latihan. Dia masih mengendalikan latihan semalam. Betapa tidak hormatnya tindakan itu?"Dia seorang insan yang sangat baik. Jadi, layanlah dia dengan penuh hormat. Beritahu sahaja bahawa dia bukan lagi sebahagian daripada perancangan masa depan kelab, berikan pampasan dan biarkan dia meneruskan perjalanan kariernya. Tetapi mereka memilih untuk melengah-lengahkan perkara ini," katanya.
Schmeichel kecam United kerana tidak hormati Carrick

Key takeaways
Peter Schmeichel mengkritik Manchester United kerana tidak menghormati Michael Carrick dengan membiarkannya terus menjalankan tugas walaupun masa depannya tidak jelas.
- Schmeichel menegaskan Carrick tidak seharusnya disalahkan sepenuhnya atas kegagalan United.
- Pengurusan United dilaporkan sedang mempertimbangkan pengganti Carrick.
- United kini berada di zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Carrick tidak terkejut masih bimbing Man United
- Harian Metro Chelsea buat Carrick, United tidak keluar 'gua'
- Utusan Malaysia Trump terpaksa henti ucapan kerana tidak dapat buka mata
- Sinar Harian Schmeichel kecam United kerana tidak hormati Carrick (this story)









