DEWAN Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang terletak di bawah Parlimen Tangga Batu merupakan antara kawasan yang mempunyai sejarah perubahan sokongan politik yang menarik.Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, kerusi ini dimenangi Pakatan Harapan (PH) menerusi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan majoriti 4,259 undi, sebelum beralih kepada Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka 2021 dengan majoriti jauh lebih kecil iaitu 629 undi.Bagaimanapun, pengagregatan keputusan PRU15 2022 pada peringkat DUN memperlihatkan konfigurasi sokongan berbeza apabila PH memperoleh 13,353 undi berbanding PN 11,088 undi dan BN sebanyak 7,752 undi.Walaupun angka ini bukan keputusan pilihan raya DUN sebenar, ia menunjukkan corak persaingan Paya Rumput berubah merentasi tiga pilihan raya.Pada PRN kali ini, pertandingan kembali berubah apabila BN tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya memberikan laluan kepada calon Pas, Rafie Ahmad melalui kerjasama BN–PN.Penyertaan Parti Bersama Malaysia (Bersama) melalui calonnya, Abdul Rashid Abu Bakar pula menjadikan pertandingan tiga penjuru dengan konfigurasi politik berbeza daripada 2021.Satu perkembangan menarik ialah penampilan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin sebagai calon PH dengan agenda Aspirasi Paya Rumput yang mengandungi empat teras pembangunan meliputi infrastruktur dan keselamatan, pemerkasaan ekonomi komuniti, kesejahteraan kediaman serta pembangunan generasi muda.Justeru, Paya Rumput wajar dilihat sebagai kerusi yang mempunyai sejarah persaingan kompetitif, dengan perubahan pola pengundian, pertambahan pemilih dan penyusunan semula gabungan politik sebagai pemboleh ubah utama.Ketua Penyelidik O2 Research, Anis Anwar Suhaimi berkata, terdapat tiga dimensi utama perlu diberikan perhatian dalam memahami persaingan kali ini."Pertama ialah sejauh mana tawaran pembangunan yang dikemukakan menerusi Aspirasi Paya Rumput mempunyai hubungan dengan masalah sebenar masyarakat."Manifesto politik bukan sahaja perlu dinilai berdasarkan jumlah janji atau projek yang diumum tetapi juga kesesuaian penyelesaian, kemampuan pelaksanaan serta institusi yang bertanggungjawab."Misalnya masalah banjir dan kesesakan lalu lintas di Paya Rumput melibatkan beberapa agensi kerajaan yang berbeza. Maka, hubungan antara perancangan dasar, penyelarasan institusi dan pelaksanaan projek merupakan ukuran yang penting," katanya kepada Sinar Harian.Selain itu katanya, perubahan hubungan antara pengundi dengan gabungan politik.Pada 2018, calon Bersatu bertanding dan menang atas tiket PH. Pada 2021, Bersatu berada dalam PN, manakala pada 2026, Pas mewakili kerjasama BN–PN di Paya Rumput.Jelasnya, perubahan ini menjadikan sejarah sokongan Bersatu relevan untuk memahami penyusunan semula pengundian.Peralihan undiJusteru, secara strategiknya, PH memerlukan peralihan undi dari pengundi teras Bersatu bagi meningkatkan kebolehmenangan di DUN Paya Rumput."Ketiga ialah kehadiran Bersama yang diwa
Paya Rumput medan uji kekuatan Azman

Key takeaways
Paya Rumput merupakan kawasan dengan sejarah perubahan sokongan politik yang menarik sejak PRU14 hingga PRN 2022.
- Paya Rumput pernah dimenangi PH pada PRU14, kemudian BN pada PRN 2021.
- PRU15 2022 menunjukkan PH mendapat lebih banyak undi berbanding BN dan PN.
- Azman Abidin bertanding sebagai calon PH dengan agenda pembangunan Paya Rumput.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Paya Rumput medan uji kekuatan Azman (this story)








