GUA MUSANG - Upah RM300 bagi setiap individu dipercayai menjadi habuan seorang lelaki tempatan yang ditahan polis selepas disyaki membawa tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Pasir Mas ke Kuala Lumpur.Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan bersama kesemua warga Myanmar terbabit semasa pemeriksaan dilakukan terhadap sebuah Perodua Aruz di Kilometer 10, Jalan Sungai Terah di sini kira-kira jam 10.50 pagi pada Rabu.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, penahanan itu dilakukan sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah.Menurut beliau, pemeriksaan mendapati kenderaan itu dipandu lelaki tempatan berkenaan bersama tujuh penumpang dipercayai warga Myanmar, terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 17 hingga 39 tahun."Kesemua penumpang gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah."Pemandu dan kesemua penumpang ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Ujar beliau, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai mengambil kesemua warga asing itu di sekitar Pasir Mas sebelum membawa mereka ke Kuala Lumpur dengan bayaran RM300 bagi setiap individu.Tambahnya, polis turut merampas sebuah Perodua Aruz dan telefon bimbit untuk tindakan lanjut."Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak lain yang dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan."Kes disiasat mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Upah RM300 seorang, lelaki cuba seludup tujuh PATI Myanmar dicekup

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan bersama tujuh PATI Myanmar yang dibawa dari Pasir Mas ke Kuala Lumpur dengan upah RM300 seorang.
- Lelaki itu ditahan di Kilometer 10, Jalan Sungai Terah pada Rabu pagi.
- Tujuh penumpang dipercayai warga Myanmar tidak membawa dokumen sah.
- Polis merampas kereta dan telefon bimbit untuk siasatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Upah RM900 hantar 8 tan beras disyaki seludup ke Rawang
- Sinar Harian Upah RM300 seorang, lelaki cuba seludup tujuh PATI Myanmar dicekup (this story)








