Puchong: Penyanyi, Sarah Suhairi, 26, berpandangan setiap wanita perlu mengetahui latar belakang bakal pasangan mereka sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Sarah berkata, langkah itu penting bagi memastikan seseorang wanita lebih mengenali personaliti bakal suami sekali gus membantu mereka membuat keputusan yang tepat.
Menurutnya, tindakan itu bukan untuk menghakimi, tetapi memahami bakal pasangan kerana pengalaman silam membentuk dirinya seperti hari ini.
"Sekarang ramai orang yang membincangkan isu pasangan yang mengalami gangguan personaliti narsistik di media sosial.










