Putrajaya: Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini membenarkan rayuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain untuk menggunakan afidavit tambahan bekas pembantu beli belah peribadi Datin Seri Rosmah Mansor bagi menyokong permohonan injunksi Mareva berhubung dakwaan pembelian barangan mewah menggunakan dana diselewengkan daripada 1MDB.
Injunksi Mareva adalah perintah sementara yang mengekang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Dr Alwi Abdul Wahab yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang tidak membenarkan syarikat berkenaan menggunakan afidavit diikrarkan warga Singapura, Shabnam Naraindas Daswani yang juga pembantu beli belah peribadi atau 'personal shopper' isteri bekas Perdana Menteri itu.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fazalina13s_894436.png&w=480&output=webp&q=85&we)

