Kuantan: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat negeri itu tidak mengambil mudah sebarang amaran cuaca dan banjir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Titah baginda, rakyat negeri itu juga perlu peka dengan amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), selain sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi kerajaan.
Pada masa sama, baginda juga menggesa seluruh agensi pengurusan bencana, pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga serta mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.
"Rakyat hendaklah sentiasa mengutamakan semangat kebersamaan, saling membantu dan prihatin terhadap golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak serta mereka yang memerlukan bantuan, khususnya ketika menghadapi situasi kecemasan.










