Jakarta: Lebih 100 Ahli Parlimen Indonesia daripada pelbagai parti politik mengemukakan petisyen pada Rabu bagi menuntut pemecatan Naib Presiden, Gibran Rakabuming Raka, sekali gus berisiko meningkatkan ketegangan politik di negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Gibran, anak bekas Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi, berdepan penelitian rapi susulan keputusan Mahkamah Perlembagaan dan Mahkamah Agung bulan lalu yang mendapati dokumen pendidikannya tidak memenuhi syarat pilihan raya.

Kontroversi itu berlaku ketika keretakan hubungan antara Jokowi dan Presiden ketika ini, Prabowo Subianto, semakin melebar, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai masa depan politik Gibran.