KUALA LUMPUR – Anggota polis yang bertugas di barisan hadapan diarah sentiasa bersedia menggunakan senjata api ketika berdepan sebarang ancaman bagi mengelakkan kejadian anggota cedera parah seperti insiden di Gombak berulang.Arahan tegas itu dikeluarkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menerusi satu rakaman suara yang ditujukan kepada semua pegawai dan anggota polis di bawah kontinjen Kuala Lumpur.Menerusi rakaman berkenaan, beliau mengarahkan semua petugas barisan hadapan termasuk anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), pegawai penyiasat dan kereta peronda polis (MPV) supaya sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga ketika menjalankan tugas.Beliau berkata, setiap anggota perlu mahir mengendalikan senjata api serta tahu bertindak apabila berdepan situasi yang boleh mengancam keselamatan diri."Saya tidak mahu kejadian seperti yang berlaku di Gombak, apabila ada anggota di bahagian hadapan menjadi mangsa."Pastikan semua bersedia dan tahu bertindak sekiranya berdepan sebarang ancaman," katanya pada Khamis.Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal parah selepas ditetak seorang lelaki warga asing bersenjatakan parang sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus dalam kejadian di sebuah premis kediaman di Desa Aman Puri, di sini pada Rabu.Fadil turut menegaskan anggota polis tidak boleh bersikap lembap atau gagal bertindak ketika berdepan situasi berbahaya, sebaliknya perlu mempunyai tahap kesiapsiagaan dan latihan mencukupi.Beliau turut mengarahkan pegawai yang bertanggungjawab di Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) supaya memastikan arahan berkenaan disampaikan kepada semua elemen operasi dan petugas barisan hadapan.
'Jangan tunggu diserang' - Anggota polis KL diarah sentiasa bersedia dengan senjata api

Key takeaways
Anggota polis KL diarah sentiasa bersedia menggunakan senjata api untuk mengelakkan kecederaan parah seperti insiden di Gombak.
- Ketua Polis Kuala Lumpur meminta anggota bersiap siaga ketika menjalankan tugas.
- Anggota perlu mahir mengendalikan senjata api dan bertindak dalam situasi berbahaya.
- Insiden di Gombak menyebabkan anggota polis cedera parah dengan parang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Ancaman siber: Bersedia, jangan tunggu diserang - PM
- Malaysiakini (BM) Dakwaan Adun cederakan isteri: Polis tunggu arahan lanjut DPP
- Sinar Harian 'Jangan tunggu diserang' - Anggota polis KL diarah sentiasa bersedia dengan senjata api (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar13_990325.png&w=480&output=webp&q=85&we)