KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka berubah sedikit berbanding dolar AS pada Khamis berikutan pelabur menilai data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang terkini dan implikasinya terhadap prospek kadar faedah.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan dicatatkan pada 4.0705/0770 berbanding dolar AS daripada 4.0710/0745 semasa ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa petunjuk yang cenderung kepada kadar faedah tinggi daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) AS dilihat menjadi faktor utama yang menyokong mata wang AS itu.
Katanya Indeks Dolar AS meningkat 0.67 peratus kepada 102.911 mata selepas pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Oktober yang mencatatkan bacaan lebih tinggi daripada jangkaan pasaran.








