KUALA LUMPUR: Sebanyak 16,230 peranti pendidikan digital percuma merangkumi komputer riba, 'chromebook' dan tablet diagihkan kepada 257 sekolah di seluruh negara melalui 133 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) antara 2022 hingga 2026.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata sumbangan menerusi Yayasan Didik Negara (YDN) itu, menyokong keperluan pembelajaran murid daripada keluarga B40 dan di kawasan luar bandar.
Beliau berkata, di peringkat institusi, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah melengkapkan sekolah di seluruh negara dengan penyediaan kemudahan makmal komputer merangkumi pembekalan komputer riba, pencetak pelbagai fungsi, projektor serta troli pengecasan peranti elektronik
"Inisiatif pembekalan ini dilaksanakan melalui tiga fasa dari 2021 hingga 2023, yang membabitkan agihan 244,158 unit peranti kepada sekolah tanpa mengira lokasi mahupun kawasan Parlimen.










