Kuala Lumpur: Sebanyak 16,230 peranti pendidikan digital percuma merangkumi komputer riba, 'chromebook' dan tablet diagihkan kepada 257 sekolah di seluruh negara melalui 133 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sejak 2022 hingga bulan lalu.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, sumbangan menerusi Yayasan Didik Negara (YDN) bagi menyokong keperluan pembelajaran murid daripada keluarga B40 dan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, di peringkat institusi, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah melengkapkan sekolah di seluruh negara dengan penyediaan kemudahan makmal komputer yang merangkumi pembekalan komputer riba, pencetak pelbagai fungsi, projektor serta troli pengecasan peranti elektronik