KOTA BHARU: BERSATU Kelantan menyerahkan nasib dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Nor, berkata setakat ini beliau hanya dimaklumkan pelantikannya sebagai EXCO negeri sudah ditamatkan dan tidak diperbaharui.

"Nasib dua timbalan EXCO itu terpulang kepada budi bicara Menteri Besar. Setakat ini, hanya saya yang terkesan.

"Isu utama adalah membabitkan saya, manakala dua lagi itu hanya terjejas kerana mereka ahli parti sama," katanya.