KOTA BHARU - Dua Timbalan Exco Kerajaan Kelantan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka berdepan perubahan kedudukan susulan perkembangan politik membabitkan parti itu di negeri ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohamad Bahari Md Nor berkata, beliau menjangkakan kedudukannya sebagai Timbalan Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan negeri turut terjejas, begitu juga ADUN Paloh, Datuk Shaari Mat Husain yang merupakan Timbalan Exco Pertanian, Industri, Agro Makanan dan Komuniti.Menurut beliau, jangkaan itu dibuat berdasarkan kedudukan mereka berdua yang mewakili Bersatu dalam barisan pentadbiran kerajaan negeri.Bagaimanapun, ujarnya, setakat ini masih belum menerima sebarang notis atau surat rasmi berhubung perkara berkenaan."Ya, saya masih menjalankan tugas sehingga mendapat notis ataupun keputusan yang muktamad."Kita akur dan reda dengan sebarang keputusan yang bakal tiba," katanya kepada pemberita.Terdahulu pada Rabu, Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor sah digugurkan sebagai exco kerajaan negeri berkuat kuasa pada Isnin lalu.Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohamad Bahari memberitahu, beliau tidak menyimpan sebarang rasa dendam sekiranya berlaku perubahan terhadap kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.Sebaliknya, beliau merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat dan memikul tanggungjawab sebagai sebahagian daripada barisan pentadbiran."Saya berterima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat."Saya telah cuba melaksanakan tanggungjawab saya dengan sehabis baik," katanya.
Dua Timbalan Exco Bersatu akur jika digugurkan

Key takeaways
Dua Timbalan Exco Bersatu di Kelantan mungkin terjejas susulan perubahan politik parti tersebut.
- Mohamad Bahari Md Nor dan Datuk Shaari Mat Husain mungkin kehilangan jawatan Timbalan Exco.
- Mereka belum menerima notis rasmi mengenai perubahan kedudukan.
- Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor, telah digugurkan sebagai exco.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Pengerusi BERSATU Kelantan digugurkan jawatan EXCO
- Sinar Harian Dua Timbalan Exco Bersatu akur jika digugurkan (this story)
- Harian Metro 'Saya akur jika turut digugurkan' - Bahari
- Berita Harian "Saya akur jika turut digugurkan" - ADUN BERSATU









