KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak meningkat kepada 1,444 orang yang ditempatkan di sembilan pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8.30 pagi ini.
Angka itu meningkat sebanyak sembilan orang berbanding 1,435 orang yang ditempatkan di sembilan PPS setakat jam 10 malam tadi.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Selangor kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,138 orang membabitkan 315 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS di daerah Kuala Selangor.
Perak pula merekodkan 302 mangsa daripada 91 keluarga yang ditempatkan di dua PSS di Hilir Perak.










