SUNGAI PETANI - Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari di Kilometer 38.1 Jalan Alor Setar-Butterworth, berhampiran Masjid Seri Jerai dekat sini, malam tadi.Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa lelaki berusia 70-an mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang belum dapat dikenal pasti jenis serta nombor pendaftarannya. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan kenderaan dan pemandu terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.Hanyan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan, termasuk pemilik kenderaan yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam)."Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik Insp. Mohd Razis Zainol Abidin menerusi talian 013-467 7195 atau 04-423 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran," katanya. - Bernama
Warga emas maut dalam kemalangan langgar lari

Key takeaways
Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan langgar lari di Sungai Petani semalam.
- Mangsa berusia 70-an mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian.
- Kenderaan yang terlibat masih belum dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya.
- Polis meminta orang ramai membantu siasatan, termasuk pemilik kenderaan dengan rakaman dashcam.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Warga emas maut terperangkap dalam kereta dihanyut banjir
- Berita Harian Warga emas maut, enam cedera dalam kemalangan dua kereta
- Harian Metro Warga emas maut, 6 cedera dalam nahas dua kereta
- Harian Metro Warga emas maut dalam nahas empat kenderaan
- Berita Harian Warga emas maut kemalangan 4 kenderaan
- Sinar Harian Warga emas maut dalam kemalangan langgar lari (this story)








