KUALA LUMPUR: Penyanyi Sarah Suhairi bersetuju penting untuk mengenali latar belakang dan sejarah hidup bakal suami atau pasangan sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.
Sarah, 26, berkata, usaha mengenal pasti sama ada seseorang lelaki mempunyai ciri-ciri narsistik seperti yang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini bukanlah perkara mudah.
Bagaimanapun, Sarah bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik dan rumah tangga bahagia.
"Untuk saya menggambarkan seseorang itu narsistik atau tidak, agak sukar kerana saya bukan dalam bidang profesional berkenaan. Tetapi, sekarang ini di Threads terlalu banyak orang membincangkan mengenai narsisis dan sebagainya.








