NEW DELHI - Pelakon Bollywood, Kareena Kapoor menerima notis undang-undang daripada aktivis sosial, Abbas Hafeez serta beberapa anggota masyarakat Islam berhubung bantahan cara pemakaian aktres itu yang mengenakan loket bersejarah milik keluarga diraja Bhopal, terukir ayat suci al-Quran iaitu ayat Kursi.Memetik laporan NDTV, Kareena mengenakan loket berwarna hijau zamrud itu dengan kaftan 'beige' rekaan pereka fesyen, Punit Balana sempena sambutan Hari Deepavali baru-baru ini.Beliau turut mengenakan serban sedondon yang dihiasi aksesori kalgi berkilauan.Difahamkan, aksesori itu mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana pernah dipakai oleh suaminya, Saif Ali Khan pada hari perkahwinan mereka.Loket berkenaan pada asalnya milik Begum Bhopal sebelum diwariskan kepada Kareena selepas perkahwinannya dengan Saif.Berkongsi perincian mengenai penampilan ibu kepada dua cahaya mata itu, pereka fesyen, Rhea Kapoor selaku individu bertanggungjawab menggayakan Kareena memuat naik kapsyen di Instagram yang membuatkan sekumpulan aktivis menghantar notis undang-undang."Kareena mengenakan kaftan dan serban berwarna perak tulen rekaan Punit Balana, bersama aksesori kalgi berusia 200 tahun milik Nawab Bhopal serta loket zamrud 30 karat milik Begum Bhopal yang diukir dengan Ayat al-Kursi."Barang kemas warisan keluarga diraja Bhopal ini berasal daripada keluarga Saif. Neneknya, Sajida Sultan merupakan anak perempuan kepada Nawab Bhopal terakhir yang memerintah," katanya.Kareena turut berkongsi beberapa keping gambar penampilannya menerusi Instagram."Deepavali ialah tentang menghayati tradisi dengan cara yang tepat," tulis aktres itu.