PETARUNG Muay Thai Lubnan, Ramadan Ondash menyifatkan bintang muda negara, Johan Ghazali Zulfikar bersikap seperti budak-budak susulan perseteruan antara kedua-dua petarung itu yang masih belum reda.Ramadan yang bakal kembali beraksi dalam gelanggang ONE Championship menegaskan tidak berminat untuk terus melayan Johan atau dikenali sebagai Jojo itu, malah menganggap tindakan bekas lawannya itu bukan sesuatu yang perlu diberi perhatian."Saya tidak mahu bercakap mengenai budak ini (Jojo). Saya tidak tahu, bagi saya dia seperti seorang budak-budak."Dia juga sudah berhenti mengikuti saya di Instagram. Tiada masalah."Namun, bagi saya, saya tetap pemenang. Saya tidak peduli mengenai pelindung gigi itu. Saya tetap menang, alhamdulillah," katanya.Ramadan turut mendakwa Johan mahu melihat dirinya tewas ketika berdepan Shimon Yoshinari selain menegaskan petarung negara itu sepatutnya lebih menumpukan perhatian terhadap karier sendiri."Dia mahu saya kalah menentang Shimon. Fokus kepada diri sendiri dan jangan bercakap mengenai saya," katanya.Sebelum ini, Johan tewas kepada Ramadan menerusi keputusan split decision dalam aksi ONE Championship: The Inner Circle 24 di Stadium Lumpinee, Bangkok pada Julai lalu.Pertarungan itu bagaimanapun dibayangi kontroversi apabila pelindung gigi Ramadan beberapa kali terkeluar sepanjang perlawanan, sekali gus menyebabkan aksi terpaksa dihentikan sementara oleh pengadil.Situasi berkenaan mencetuskan rasa tidak puas hati apabila momentum serangan agresif Johan terganggu setiap kali perlawanan dihentikan untuk membolehkan pelindung gigi Ramadan dipasang semula.Insiden itu turut mendorong Johan secara terbuka mencabar Ramadan untuk mengadakan pertarungan ulangan.Ketika ini, Ramadan sedang membuat persiapan menghadapi Shimon Yoshinari dalam aksi ONE Friday Fights 178 yang dijadual berlangsung Sabtu ini.