MELAKA - Pengundi Barisan Nasional (BN) tetap diwajibkan memberikan undi kepada calon gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini, meskipun tidak menyukai individu yang dipilih mewakili parti.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan kepimpinan memilih seseorang calon perlu dihormati dan menjadi tanggungjawab semua pengundi daripada parti komponen BN untuk memastikan kemenangan calon berkenaan.Menurutnya, beliau sendiri meneliti latar belakang calon sebelum menandatangani watikah bagi memastikan mereka yang dipilih mendapat kepercayaan kepimpinan parti."Saya telah menentukan calon berdasarkan kepercayaan yang diberikan oleh Pengerusi BN Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh."Disebabkan calon dipilih mewakili UMNO serta bertanding atas tiket BN, maka menjadi satu kewajipan semua pengundi BN daripada pelbagai parti komponen untuk memberikan undi dan kemenangan kepada calon berkenaan," katanya.Beliau berkata demikian selepas Perjumpaan Khas Jentera Tangga Batu di Bilik Gerakan Pilihan Raya Parlimen Tangga Batu pada Rabu.Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut memberikan kata nasihat dan semangat kepada calon BN DUN Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi supaya bekerja lebih kuat dan berkhidmat lebih baik jika diberi mandat sekali lagi menjadi wakil rakyat di DUN berkenaan."Apa yang Datuk tuminah tidak dikata oleh orang yang tak suka dengan dia? Macam-macam, sampai hati bonda saya dikata oleh orang."Jika selepas ini insya-ALLAH terpilih sebagai ADUN semula, komen-komen negatif itu cuba lihat dan perbaikilah. Turun ke bawah, santuni rumah semua pengundi dan rakyat di Pantai Kundor."Jangan kira sama ada orang itu Cina, India ataupun apa bangsa sekalipun, mereka adalah rakyat yang harus disantuni."Begitu juga rumah yang kita tahu tidak pernah menyokong kita atau orang yang tidak menyokong kita, lupakan. Kita santuni mereka supaya Datuk Tuminah menjadi wakil rakyat terbaik untuk penggal kedua ini," katanya.Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan calon BN DUN Sungai Udang, Datuk Rais Yasin supaya memberi perhatian kepada kebajikan kira-kira 9,700 pengundi dalam kalangan anggota tentera di kawasan berkenaan.Katanya, Rais telah berjanji untuk menyalurkan satu pertiga daripada peruntukan 33 peratus yang diterimanya sebagai wakil rakyat kepada pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota tentera di Sungai Udang."Jangan ambil mudah, biarpun mereka tentera atau keluarga tentera, mereka adalah pengundi kita."Lazimnya terdapat Ahli Parlimen atau ADUN yang tidak mengambil kepedulian terhadap mereka. Mereka adalah pengundi kita. Rais.. saya akan pantau," katanya.Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap calon BN DUN Klebang, Datuk Lim Ban Hong yang disifatkan mempunyai penerimaan baik dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.Ahmad Zahid berharap gabungan calon BN termasuk Rais, Tuminah, Ban Hong dan seorang lagi calon gabungan daripada Perikatan Nasinal Paya Rumput, Rafie Ahmad itu mampu membawa pembangunan lebih menyeluruh d
PRN Melaka: 'Sampai hati bonda saya dikata orang' - Ahmad Zahid minta pengundi BN sokong calon

Key takeaways
Ahmad Zahid meminta pengundi BN menyokong calon BN dalam PRN Melaka, meskipun tidak menyukai individu tersebut.
- Ahmad Zahid menekankan kepentingan pengundi BN menyokong calon yang dipilih oleh kepimpinan.
- Beliau menyatakan keputusan memilih calon perlu dihormati oleh semua pengundi BN.
- Ahmad Zahid memberi semangat kepada calon BN DUN Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Sudah sampai masa saya buat teguran – Jalaluddin
- Sinar Harian PRN Melaka: 'Sampai hati bonda saya dikata orang' - Ahmad Zahid minta pengundi BN sokong calon (this story)









