ISTANBUL: Presiden Maldives, Mohamed Muizzu, menegaskan semula larangan kemasukan pemegang pasport Israel ke negaranya, sambil menyatakan bahawa mereka tidak akan dibenarkan masuk dalam apa jua keadaan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan pejabatnya.
Bercakap pada sidang media di Pejabat Presiden, Muizzu berkata, rang undang-undang imigresen yang dicadangkan akan menetapkan larangan kemasukan tanpa syarat bagi pemegang pasport Israel, tanpa mengira sebarang perubahan keadaan.
Beliau menjelaskan bahawa cadangan terdahulu bertujuan melarang kemasukan sehingga Israel menamatkan genosid terhadap rakyat Palestin yang bermula pada Oktober 2023, namun rang undang-undang baharu itu akan menjadikan sekatan berkenaan tanpa syarat.










