RIYADH: Pertahanan Awam Arab Saudi, mengambil tindakan selepas serpihan daripada dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi ke arah wilayah Makkah jatuh di kawasan berkenaan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik Direktorat Am Pertahanan Awam.

Kedua-dua peluru berpandu itu dipintas dan dimusnahkan, dengan sebahagian serpihannya jatuh di Kampung Sabuhah.

Direktorat itu menegaskan bahawa serangan terhadap objek awam adalah pelanggaran terang-terangan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, selain menekankan bahaya yang ditimbulkan oleh pendekatan bermusuhan kumpulan Houthi.

Menurut direktorat itu, pihak berkuasa berkaitan bertindak segera dengan melaksanakan prosedur yang ditetapkan serta mengambil langkah yang perlu bagi melindungi nyawa dan harta benda.