MELAKA: Pakatan Harapan (PH) mempergiat kempen menerusi platform media sosial di saat akhir menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata calon dan jentera PH menggunakan pendekatan kreatif, termasuk menerusi penerbitan video pendek serta siaran langsung bagi menjelaskan tawaran aspirasi 'Melaka Rumah Kita'.
Katanya, selain itu, ia juga bagi menjawab persoalan dibangkitkan penduduk.
"Menjelang saat akhir kempen, Jabatan Pilihan Raya Pakatan Harapan menyeru semua calon dan jentera supaya mempergiat usaha menerusi media sosial bagi membolehkan lebih ramai penduduk mengenali calon di kawasan masing-masing.






