Istanbul: Serangan udara Israel ke atas Kompleks Perubatan Nasser di selatan Gaza pada awal pagi Khamis mengorbankan enam rakyat Palestin dan mencederakan lebih 20 yang lain, menurut Pertahanan Awam Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

Serangan itu mengenai tingkat dua bangunan Al-Yasin di kompleks berkenaan yang terletak di barat Khan Younis.

Pengarah hospital itu berkata serangan berkenaan menyebabkan kerosakan teruk pada wad rawatan rapi dan wad pembedahan.

Radio Tentera Israel mendakwa serangan itu merupakan "operasi pembunuhan" tanpa memberikan butiran lanjut.