Kuala Lumpur: Kenaikan ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi acara berpasukan perlu disambut dengan peningkatan prestasi atlet, sekali gus membuktikan kepercayaan kerajaan terhadap pembangunan sukan negara tidak disia-siakan.

Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, keputusan kerajaan menaikkan ganjaran itu wajar dihargai kerana penyediaan peruntukan besar bukan sesuatu yang mudah, terutama dalam keadaan kekangan kewangan.

Menurutnya, persatuan sukan juga perlu memahami bahawa peningkatan insentif berkenaan membabitkan jumlah atlet yang ramai dalam acara berpasukan, sekali gus menjadikan peruntukan keseluruhan lebih besar.

"Bukan mudah untuk kerajaan menyediakan peruntukan tersebut. Saya harap persatuan-persatuan lain juga perlu faham kerana kejayaan dalam acara berpasukan membabitkan jumlah atlet yang ramai.