KUALA LUMPUR: Penyanyi Jaclyn Victor yakin peluang Aina Abdul mencipta kejayaan pada pertandingan sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand, lusa, cerah.
Jaclyn berkata, keistimewaan Aina bukan hanya terletak pada kehebatan vokal, malah, karisma ketika membuat persembahan dan keberanian mengetengahkan identiti tersendiri menerusi penampilan fesyen yang sering mencuri perhatian.
Malah, Jaclyn yang pernah mengharumkan nama Malaysia menerusi pertandingan Asia New Singer di Shanghai, China, pada 2005 itu turut mengagumi kemampuan Aina menghasilkan karya sendiri termasuk menulis lirik dan mencipta lagu.
"Aina sangat istimewa. Saya suka suaranya, karisma ketika berada di pentas dan penampilan fesyennya yang 'avant-garde'. Dia sentiasa ada sesuatu yang tersendiri untuk ditampilkan.










