KOTA BHARU: "Saya akur sekiranya turut berdepan nasib sama sebagaimana Datuk Kamaruddin, perkara ini memang sudah dijangka."

Demikian dinyatakan Timbalan EXCO Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Bahari Mohd Nor, ketika mengulas kedudukannya dalam kerajaan negeri Kelantan selepas Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor digugurkan berkuat kuasa Isnin lalu.

Bahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, berkata sehingga kini dia masih menjalankan tugas seperti biasa sebagai timbalan EXCO dan tidak menerima sebarang pemakluman.

"Sebagaimana yang dimaklumkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan yang menyatakan kedudukan saya dan ADUN Paloh, Datuk Shaari Mat Hussain akan diputuskan minggu depan, maka kita akan tunggulah minggu depan.