Washington: Persekutuan Bolasepak Amerika Syarikat (US Soccer) menarik diri daripada menyertai Piala Dunia Bawah 17 (B-17) lelaki Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di Qatar atas faktor keselamatan, menurut badan itu kepada barisan pemain.

Dalam surat yang dihantar kepada pemain dan diperoleh Reuters, US Soccer memaklumkan pihaknya membatalkan kem latihan serta penyertaan pasukan dalam pertandingan itu 'berikutan keadaan semasa'.

Keputusan berkenaan dibuat susulan nasihat perjalanan Tahap 3 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Qatar, selain arahan berkaitan kepada kakitangan kedutaan dan ahli keluarga mereka.

"Kesejahteraan pemain dan kakitangan kami akan sentiasa menjadi keutamaan," menurut surat itu.