Kerjasama BN-PN di Melaka buka peluang menang besar - Khaled

KUALA LUMPUR: Kerjasama kukuh jentera Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diyakini mampu membantu gabungan itu mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau yakin rakyat negeri itu mahu keputusan berpihak kepada BN dan PN.

Beliau berkata, semua parti bertanding mempunyai keyakinan masing-masing untuk memenangi pilihan raya, namun keputusan sebenar hanya akan diketahui selepas proses pengundian selesai.