Tampin: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan krisis dengan istana di negeri itu akan selesai dalam masa terdekat.

Beliau berkata, perkara itu bukan sahaja telah dibincangkan di peringkat kepemimpinan UMNO negeri malah pusat.

"Memang betullah krisis yang sedang berlaku ini akan selesai tak lama lagi.

"Perbincangan dengan pemimpin tertinggi UMNO juga telah diadakan.