PENDANG: Empat lelaki ditahan selepas kereta dinaiki terbabas ketika dikejar polis di Jalan Kampung Bendang Raja, Kubur Panjang, di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang, selepas kereta jenis Proton Persona dinaiki empat suspek berusia antara 33 hingga 51 tahun itu dikatakan enggan berhenti selepas gagal mematuhi arahan polis.
Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pemandu kenderaan memecut sebelum menghimpit kereta peronda polis sebelum ia terbabas ke dalam parit di kiri jalan.
"Pemeriksaan terhadap suspek serta kenderaan dinaiki menemui enam paket plastik lutsinar berlainan saiz disyaki mengandungi syabu dan satu paket plastik lutsinar disyaki heroin.









