PETALING JAYA – Seramai 59 warga asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) selepas dipercayai menjadikan premis perniagaan sekitar Selangor sebagai tempat penginapan dan perlindungan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan di lapan premis dalam operasi yang bermula pukul 1 petang.
“Hasil pemeriksaan terhadap 152 individu, seramai 75 merupakan warga tempatan manakala 77 lagi warga asing.
“Daripada jumlah itu, seramai 59 warga asing terdiri daripada 53 lelaki dan enam wanita ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini.









