Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengenal pasti peluru berpandu antikapal Atmaca keluaran syarikat Roketsan dari Turkiye sebagai pilihan pengganti kepada Naval Strike Missile (NSM) dari Norway bagi kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemilihan Turkiye dibuat selepas kementerian menilai cadangan dikemukakan tiga negara termasuk Perancis dan Itali berdasarkan aspek harga, tempoh penyerahan serta kos permulaan yang perlu ditanggung kerajaan.

Beliau berkata, kementerian akan memulakan rundingan lanjut dengan pihak Turkiye sebelum memuktamadkan perolehan peluru berpandu berkenaan bagi menggantikan NSM yang sepatutnya dibekalkan Norway.