BUKIT MERTAJAM: Empat warga Pakistan termasuk dua wanita direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes samun menggunakan senjata tajam yang mengakibatkan seorang lelaki cedera di sebuah stesen minyak di Permatang Pauh, dekat sini, Selasa lalu.

Perintah reman sehingga 17 November depan itu dikeluarkan Majistret J Savinder Singh selepas semua suspek berusia antara 23 hingga 45 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, kira-kira jam 2 petang, hari ini.

Terdahulu, semua suspek itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur bermula semalam hingga awal pagi tadi hasil risikan dan operasi yang dijalankan polis.

Media semalam melaporkan seorang lelaki berusia 43 tahun kerugian kira-kira RM10,000 selepas disamun sekumpulan individu yang menggunakan taktik meminta sumbangan wang di sebuah stesen minyak di Jalan Samagagah, di sini.