KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memecat beberapa menteri daripada DAP yang mempersoalkan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga mencabar Anwar untuk berbuat demikian."Kita bukan menyokong orang yang melakukan kesalahan, kita tak pertikaikan keputusan mahkamah, apatah lagi kita tak pertikaikan perintah pengampunan oleh YDPA sebagaimana beberapa orang menteri daripada DAP."Najib sampai rumah, aku letak jawatan. Amboi engkau siapa, kenapa engkau seorang saja letak jawatan," katanya ketika sidang akhbar di Bangunan Parlimen pada Khamis.Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet berkuat kuasa serta-merta.Anthony dalam satu kenyataan berkata, ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah.Setiausaha Agung DAP itu berkata, keputusan berkenaan selaras pendirian diumumkannya berhubung kesediaan beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan jika Najib dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.Tambah Takiyuddin, sepatutnya semua menteri DAP keluar daripada kerajaan.Dalam pada itu beliau memberitahu, pemerintahan Kerajaan Madani hari ini patut ditukar dalam tempoh terdekat."Kita patut ambil alih. Gelombang biru, itulah yang kita nak."Berhubung nota discharge yang diambil empat hari, ini mungkin ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri ( PRN) Melaka."Kalau tidak ada PRN Melaka, mungkin ia tak berlaku. Jadi ini senjata makan tuanlah, kita harap rakyat faham," ujarnya.