SEREMBAN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan yang mendakwa didatangi pengutip hutang mahu mencari bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata berdasarkan maklumat, penyanyi berusia 40 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Paroi, di sini, pada 23 Oktober lalu.
"Namun, laporan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai laporan makluman atau 'cover report' dan setakat ini tiada kertas siasatan dibuka.
"Pihak kami juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes ini kerana ia membabitkan hal peribadi dan sulit," katanya ketika dihubungi, hari ini.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F04%2F8164fd8353ae23a5a95e2cc8b44f2778.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
