KUALA LUMPUR: Akta Kecekapan dan Konservarsi Tenaga (EECA) 2024 adalah amat kritikal dalam mengurus permintaan elektrik pada masa hadapan kerana ia membolehkan negara merancang kapasiti penjanaan sambil memastikan keselamatan serta kemampuan tenaganya.
Pengarah Bahagian Dasar Teknikal dan Peraturan Suruhanjaya Tenaga (ST), Zulkiflee Umar, berkata meningkatkan kecekapan tenaga menjadi semakin penting di tengah-tengah peningkatan penggunaan elektrik berikutan kepesatan industri intensif tenaga seperti pusat data.
Bangunan, yang juga menyumbang sebahagian besar penggunaan elektrik, kini dilindungi di bawah rangka kerja kawal selia akta itu untuk memastikan penggunaan tenaga yang lebih cekap.
"Kita ada penjanaan (tenaga), kita ada transmisi (kuasa), kita ada penggunaan (tenaga). Jadi untuk bahagian penjanaan, kita ada pelbagai cara dalam menjana tenaga bersih, solar dan sebagainya.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fazalina13s_894436.png&w=480&output=webp&q=85&we)
