Kuala Lumpur: Tembakau kunyah bernilai hampir RM2.64 juta menjadi antara barangan sitaan terbesar dilupuskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor di Bukit Raja, di sini, semalam.
Secara keseluruhan, operasi itu membabitkan pelupusan pelbagai barangan sitaan dianggarkan bernilai RM3.28 juta.
Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, pelupusan itu membabitkan barangan hasil tindakan penguatkuasaan terhadap pelbagai pelanggaran undang-undang perdagangan domestik.
"Antara nilai sitaan paling signifikan ialah kes membabitkan produk tembakau tanpa asap (tembakau kunyah) sebanyak 647 bungkusan dengan nilai sitaan RM2,639,760.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F2523424234234_114134.png&w=480&output=webp&q=85&we)


