Mahkamah Perusahaan mengekalkan keputusan Encorp Must Sdn Bhd memecat bekas penolong pengurus besarnya, Hairizal Hosman, dua tahun lalu atas salah laku. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Sebuah syarikat pengurusan hartanah mempunyai alasan kukuh untuk memecat seorang pengurus kanan yang gagal memastikan penyewa mempunyai perjanjian sewaan sah dan tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi mendapatkan semula tunggakan sewa RM2.52 juta, menurut Mahkamah Perusahaan.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan Andersen Ong menolak tuntutan Hairizal Hosman, bekas penolong pengurus besar merangkap ketua pemasaran, jualan dan penyewaan Encorp Must Sdn Bhd.

Hairizal dipecat pada 15 Nov 2024 atas dakwaan mengabaikan tugas dan melanggar tanggungjawab fidusiari berkaitan penyewa di Encorp Strand Mall dan Warna Avenue.