London : Dunia seni antarabangsa kehilangan seorang pelakon versatil apabila bintang drama bersiri Mike Hammer dan Prison Break, Stacy Keach, meninggal dunia pada usia 85 tahun, Selasa lalu.
The Guardian melaporkan, Keach menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Magdalenka, Poland, selepas sekian lama bertarung dengan masalah jantung serius serta kegagalan jantung.
Berita pemergian pelakon itu disahkan isterinya, Malgosia Tomassi Keach, yang memaklumkan Keach meninggal dunia selepas melalui tempoh sukar akibat masalah kesihatan berkenaan.
Keach sebelum ini pernah mengalami serangan jantung ketika berada di pentas di Chicago pada 2017.









