JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka pada Khamis menyerahkan surat peletakan jawatannya secara rasmi kepada Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), menurut Speaker MPR Ahmad Muzani.
Beliau berkata Gibran menyerahkan sendiri surat itu dalam pertemuan selama kira-kira 20 minit di bangunan Nusantara III, kompleks Parlimen di Jakarta, sambil memaklumkan kepada pucuk pimpinan MPR bahawa surat yang sama turut diserahkan kepada Presiden Prabowo Subianto.
“Semasa pertemuan itu, Gibran menjelaskan bahawa tujuan beliau bertemu dengan pucuk pimpinan MPR adalah untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden Republik Indonesia,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.








