JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan kepada Presiden Prabowo Subianto susulan timbulnya persoalan mengenai kelayakan pendidikannya.
Menteri Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi, berkata Gibran menyampaikan hasrat itu dalam pertemuan selama kira-kira dua setengah jam bersama Presiden, semalam.
"Dalam perbincangan itu, Naib Presiden menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan berikutan perkembangan yang sedang berlaku," katanya pada taklimat media yang disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube Sekretariat Presiden.
Prasetyo berkata, Prabowo tidak menolak hasrat yang dinyatakan Gibran itu, sebaliknya memberi nasihat dalam perbincangan berkenaan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNajibRazak2_998141.png&w=480&output=webp&q=85&we)
