Cha Kee Chin berkata rakyat Negeri Sembilan menunggu perkembangan siasatan laporan Ismail Lasim yang mendakwa dirinya dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen kerajaan mempersoalkan kelewatan Jabatan Peguam Negara (AGC) memberikan keputusan berhubung kertas siasatan polis berkaitan laporan dibuat Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim.
Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkata rakyat Negeri Sembilan masih menantikan perkembangan kes itu walaupun polis telah melengkapkan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada AGC pada 29 Sept lalu.
Ismail membuat laporan polis pada 8 Sept selepas mendakwa beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.








