Bekas perdana menteri Najib Razak akan menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta. PETALING JAYA: Pendedahan SOP berkaitan pelaksanaan tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak akan menjelaskan ketidakpastian dan menjadi panduan bagi pengendalian kes seumpamanya pada masa depan, kata peguam.
Naran Singh berkata, pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib menimbulkan beberapa persoalan, termasuk sama ada bekas perdana menteri itu dibenarkan menggunakan gajet, mendapat akses internet atau menerima pelawat.
Turut timbul persoalan sama ada beliau dibenarkan mengekalkan khidmat pengawal peribadi atau pembantu rumah memandangkan kediaman yang didiaminya kini dianggap sebagai penjara.







