Majlis Kawalan Tembakau Malaysia berkata usaha menghentikan jualan vape perlu disertai perkhidmatan berhenti merokok dan ketagihan yang mampu dibiayai, termasuk kaunseling, ubat-ubatan yang diluluskan serta khidmat rujukan.PETALING JAYA: Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menggesa kerajaan mengekalkan kawalan terhadap nikotin dalam cecair dan gel vape di bawah Akta Racun 1952 dan menetapkan pelan berperingkat untuk menghentikan penjualan produk itu secara komersial.
MCTC dalam kenyataan berkata pendirian itu penting bagi memastikan perlindungan kesihatan awam terus terpelihara, khususnya kanak-kanak, selain menyediakan rawatan berkesan kepada pengguna yang sudah bergantung kepada nikotin.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F546456_986585.png&w=480&output=webp&q=85&we)