Perdana Menteri Anwar Ibrahim akui nada kenyataannya lebih tegas dan mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak di Taiwan, namun menegaskan pendirian Malaysia mengenai Dasar Satu China tidak pernah berubah sejak 1974. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan belum ada petanda pelabur Taiwan menarik diri atau menghentikan pelaburan baharu di Malaysia susulan kenyataannya mengenai Dasar Satu China.
Beliau berkata, semakan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) semalam mendapati operasi serta pelaburan syarikat Taiwan di negara ini masih berjalan seperti biasa.
"Semalam, dalam forum Miti, semua rundingan dan pelaburan baharu itu belum ada petanda mereka berundur atau ditegah untuk melabur di Malaysia," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F07%2F9270d4cab2c968b77e1ed88b71b1800a.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
