Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan jaminan RM400,000 dam dua penjamin kepada ahli perniagaan Poh Po Lian.KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Singapura, Poh Po Lian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pecah amanah selepas melupuskan 500,000 saham milik seorang taikun.

Poh Po Lian.Poh didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Poh didakwa memindahkan 500,000 saham Victoria Island Club Berhad milik mendiang Ta Kin Yan kepada Jennifer Kok tanpa kebenaran enam anak Kin Yan, yang berhak menerima sebahagian daripada saham itu.

Poh didakwa melakukan kesalahan itu bersama Ta Jin Kiat, anak sulung Kin Yan di sebuah penthouse di Solaris Dutamas pada 31 Julai 2022.