Adun Gual Ipoh daripada Bersatu Bahari Nor berkata, kedudukan beliau dan Adun Paloh Shaari Mat Hussain sebagai timbalan exco akan diputuskan minggu depan. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Adun Gual Ipoh daripada Bersatu Bahari Nor berkata beliau akur jika berdepan nasib sama seperti Adun Ayer Lanas Kamarudin Nor yang digugurkan sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Kelantan.

Bahari yang merupakan timbalan exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat berkata, beliau masih menjalankan tugas seperti biasa dan belum menerima sebarang pemberitahuan rasmi, lapor Berita Harian.

"Sebagaimana yang dimaklumkan Timbalan Menteri Besar Fadzli Hassan yang menyatakan kedudukan saya dan Adun Paloh Shaari Mat Hussain akan diputuskan minggu depan, maka kita akan tunggulah minggu depan.