Melaka merekodkan pelaburan diluluskan bernilai RM396 juta pada suku pertama 2026, berbanding RM184.4 juta tempoh sama tahun sebelumnya.PETALING JAYA: Lonjakan pelaburan diluluskan di Melaka membuka peluang kerja bergaji lebih tinggi, namun usaha melengkapkan tenaga tempatan bersama kemahiran bersesuaian penting untuk mereka menikmati manfaat pertumbuhan ekonominya.

Melaka menarik pelaburan diluluskan bernilai RM28.96 bilion membabitkan 752 projek antara 2023 hingga 2025, berpotensi mewujudkan 25,100 pekerjaan.

Pada 2025 sahaja, nilai pelaburan diluluskan mencecah RM14.69 bilion, meningkat 77.7% berbanding RM8.26 bilion pada 2024, sekali gus mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh 22 tahun.

Daripada jumlah itu, RM8.43 bilion merupakan pelaburan asing dan RM6.26 bilion pelaburan domestik, membabitkan 312 projek yang dijangka mewujudkan 4,612 pekerjaan.