HANG TUAH JAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menerima peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebaliknya ingin berunding terlebih dahulu.Malah, beliau secara berseloroh membenarkan jika Setiausaha Agung DAP itu untuk bercuti sementara waktu."Saya belum terima peletakan jawatan Anthony Loke. Hendak cuti kejap ok, tapi hendak letak jawatan kena runding semula," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Grand Finale: Jelajah Harapan, Melaka Rumah Kita di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya, di sini pada Khamis.Anthony pada Selasa memaklumkan peletakan jawatan beliau berkuat kuasa serta-merta, selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028.Tambah Anwar, tiada sebab bagi menteri yang bersih dan amanah untuk meletakkan jawatan."Kita lantik menteri, menteri itu amanah, bersih. Menteri itu kerja kuat. Menteri itu beri banyak cadangan, projek, program untuk memudahkan perjalanan rakyat dan juga pemandu-pemandu teksi."Beliau antara menteri paling kuat bekerja, diterima baik oleh pegawai-pegawai di kementerian. Jadi, sebab itu saya kata orang macam ini yang baik, dia orang suruh berhenti. Yang teruk, dia suruh kekal. Apakah dunia ini sudah terbalik?" katanya.
Anwar mahu runding semula peletakan jawatan Anthony Loke

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke dan mahu berunding terlebih dahulu.
- Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke dan ingin berunding.
- Anthony Loke meletakkan jawatan selepas keputusan mahkamah mengenai Najib.
- Anwar menyatakan tiada sebab bagi menteri yang bersih untuk meletakkan jawatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today , Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Anwar mahu runding semula peletakan jawatan Anthony Loke (this story)
- Free Malaysia Today Anwar mahu runding semula dengan Loke berkait peletakan jawatan
- Utusan Malaysia Cuti boleh, peletakan jawatan menteri perlu rundingan – Anwar








